Sunday, 6 January 2013

petua kecantikan

HITAMKAN RAMBUT BERUBAN DENGAN DAUN KARI
Tak semestinya yang beruban tu orang tua sahaja. Ada jugak orang muda yang mengalami masalah rambut beruban sebab akar rambutnya sakit. So jom usha petua ni.
  1. Ambil segenggam daun kari dan campur dengan satu sudu minyak kelapa
  2. Masak campuran tersebut atas api sederhana hingga daun kari hangus.
  3. Tutup api dan biarkan campuran tersebut sejuk pada suhu bilik.
  4. Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut dan amalkan selalu.

LEBATKAN RAMBUT
  1. Gunakan pati santan, dan lumurkan pada rambut yang lembap dan sapu rata di keseluruhan kepala hingga ke akar rambut.
  2. Ambil tuala yang bersih dan kering, bungkus kepala anda selama setengah jam.
  3. Kemudian, bila kepala dengan air suam.

PETUA MENGATASI RAMBUT GUGUR 1
  1. Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas.
  2. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga.
  3. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit.
  4. Bilas dengan air besih.
  5. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.

PETUA MENGATASI RAMBUT GUGUR 2
  1. Hiris beberapa keping limau nipis dan tenyehkan isinya ke kulit kepala.
  2. Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit.
  3. Bungkus kepala selama beberapa jam dan lemudian bilas dengan air bersih.
  4. Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut.

No comments: